
TANAH MERAH: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard, di sini malam tadi. (Foto atas)
Acara berkenaan juga diadakan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55.
Keberangkatan tiba baginda pada 9.55 malam yang didahului Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Terdahulu keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nasuruddin Daud dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Perasmian majlis itu dimulakan dengan pencahayaan tugu rangka Jambatan Guillemard manakala kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur yang melalui kawasan tersebut diiringi percikan bunga api lebih 15 minit. – HARAKAHDAILY 22/9/2024











