Jangan bimbang dengan PAS

Sahar Abdul Majid
- Advertisement -

MUKTAMAR Tahunan PAS Kali ke-70 yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Pahang telah melabuhkan tirainya petang kelmarin dengan membawa tema Islam Adalah Penyelesaian.

- Advertisement -

PAS terus konsisten dengan prinsip Islam yang diperjuangakannya dengan berkonsepkan kesejahteraan dan adil untuk semua tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Sudan tentutnya untuk mengaplikasikan konsep dan tema ini adalah suatu yang bukan mudah dan pastinya akan menghadapai pelbagai cabaran massa.

Bagi penggerak PAS di Borneo khasnya Sabah, sudah semestinya akan lebih menghadapi pelbagi cabaran untuk merakyatkan tema ini dalam kalangan rakyat yang begitu rencam sifatnya sebagaimana yang kita fahami.

Sejak PAS dipersadakan di Bumi Di bawah Bayu 37 tahun  lalu, ungkapan PAS sebagai parti agama tidak sesuai untuk rakyat Sabah menjadi mainan di bibir rakyat. Pun begitu PAS melalui pelbagai pendekatan dakwa dan pendidikan telah berajaya merungkai tohmahan awal penubuhan Parti Islam ini di bumi Sabah.

Cabaran ini tidak berhenti setakat itu, malah PAS Sabah terus dilabel dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Isu-isu rakyat yang diperjuangkan oleh PAS yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat dan Islam sering dipandang sinis oleh mereka yang tidak senang dengan PAS.

PAS parti Semenanjung, pemecah belah masyarakat, parti perkauman dan ekstrem agama dan pelbagai lagi tuduhan dangkal bagi melemahkan parti ini di Sabah. Walaupun tekanan yang begitu hebat, Parti Islam ini terus berkembang dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Hari ini PAS Sabah telah berjaya menubuhkan 22 Kawasan Parlimen berdaftar di seluruh Sabah. Berbaki tiga lagi Kawasan Parlimen bakal ditembusi.

Atas kebijaksanaan politik, PAS Sabah berjaya mendapat tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagai ADUN lantikan sejak 2020. Sekali lagi rakyat menyaksikan keupayaannya dalam urusan pentadbiran kerajaan dan membela rakyat.

PAS juga telah membuktikan keupayaan mentadbir empat negeri yang disebut State Goverment Four (SG4) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Empat negeri ini dibawa pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya mengangkat martabat rakyat serta pembangunan ekonomi dan infarastruktur rakyat yang berkonsepkan adil untuk semua. Kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah adalah role model bagi sekalian rakyat di negara ini.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Dr Ali Akhbar Gulasan, Pesuruhjaya PAS Sabah dalam ucapan perbahasannya dalam muktamar kali ini. Beliau menegaskan bahwa masyarakat bukan Islam di Sabah tidak perlu bimbang dengan PAS.

PAS tidak menyeru mereka yang bukan Islam masuk Islam. Bahkan akan memelihara dan melindungi hak-hak beragama dan berbudaya masing-masing selaraas dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan. Inilah acuan PAS Sabah untuk rakyat Sabah.

Keutamaan PAS adalah bagi memastikan kepimpinan negeri ini bersifat telus, amanah dan berintegriti tinggi. Rakyat adalah keutamaan bukan kepentingan peribadi. Konsep adil untuk semua yang terkandung dalam tema muktamar ini adalah untuk mewujudkan kemakmuran dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Inilah prinsip perjuangan PAS sejak duhulu hingga kini dan tidak akan berubah.

Kita amat yakin bahawa atas uasaha gigih PAS Sabah dengan pelbagai pendekatan dakwah dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), masyarakat Sabah pelbagai etnik; Kadazan-Dusun, Rungus, Brunai, Sungai, Bajau, Suluk, Bugis dan lainnya termasuk rakan-rakan parti politik Sabah akan lebih memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS untuk negeri tercinta ini. 

Sekali lagi, jangan bimbang dan curiga dengan PAS. PAS For All. – HARAKAHDAILY 17/9/2024

Penulis ialah Setiausaha PAS Negeri Sabah.

- Advertisement -