Konvensyen As-Sabiqun semarak misi PAS Terajui Pahang

Dato’ Dr Mahfodz Mohamed
- Advertisement -

KUANTAN: “Konvensyen As-Sabiqun 2024 ini bakal menyemarakkan lagi misi PAS Terajui Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, insya-Allah,” kata Pengerusi Sidang As-Sabiqun, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.

Ini, ujarnya kerana tuan rumah Konvensyen Sidang As-Sabiqun PAS Pusat 2024 kali ini ialah PAS Negeri Pahang.

Beliau menyatakan demikian Ketika menyampaikan ucaptama pada konvensyen itu dengan tema ‘Melestari As-Sabiqun Memantap Jemaah’ di Dewan D’Persada Baroqah di sini, hari ini.

- Advertisement -

Sesungguhnya, kata beliau kelestarian perjuangan warga Sidang As-Sabiqun adalah selari dengan firman Allah dalam Surah al-Nahl ayat 90 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya“.

Oleh hal yang sedemikian, ujarnya sumbangan Sidang As-Sabiqun adalah bersifat lestari dengan usaha PAS bagi menggerakkan kepimpinan dan ahli PAS dalam kalangan warga emas agar dapat menyumbang perjuangannya di sepanjang hayat.

Menurutnya, bentuk sumbangan itu pula adalah merangkumi sifat-sifat, di antaranya beristiqamah untuk berkongsi pengalaman dengan semua pihak, khususnya anak muda, menampilkan kepimpinan As-Sabiqun bersama rakyat dengan membawa imej berkerajaan; melaksanakan persiapan organisasi ke arah pembentukan Dewan As-Sabiqun, melaksanakan kesinambungan tarbiah parti peringkat dalaman dan luaran dan kesediaan kepimpinan As-Sabiqun di semua peringkat bersama akar umbi parti. – HARAKAHDAILY 12/9/2024

- Advertisement -