As-Sabiqun: Perjuangan Islam tidak terhenti walau tidak aktif

Tuan Guru Dato' Hashim Jasin
- Advertisement -

KUANTAN: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, menegaskan bahawa penubuhan As-Sabiqun adalah satu inisiatif untuk memastikan perjuangan Islam tidak terhenti walaupun seseorang itu sudah tidak aktif dalam politik atau terlibat dalam bidang lain.

Menurutnya, dalam Islam, tidak wujud konsep berhenti daripada perjuangan agama, bahkan ia perlu diteruskan sepanjang hayat.

“Kita kena faham apabila seorang itu melibatkan politik ataupun integriti agama lebih-lebih lagi dalam amalan demokrasi. Seorang itu boleh jadi tak diizinkan dia terus dalam perjuangan, dalam kerja-kerja politik.

- Advertisement -

“Jadi di sebalik kelulusan kita nak wujudkan As-Sabiqun itu supaya buat kerja Islam jangan berhenti sampai mati, itu pokoknya. Tidak boleh bila sampai umur sekian saya nak berhenti kerja untuk Islam, itu tidak wujud dalam Islam.

“Jadi demi untuk memberi ruang kepada sesiapa yang nak meneruskan (perjuangan) As-Sabiqun terbuka dibuka untuk bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Konvensyen As-Sabiqun 4.0 di Dewan D’Persada Baroqah, di sini, hari ini.

Tuan Guru berkata, melalui program dan aktiviti yang disediakan oleh As-Sabiqun, para ahli dapat terus menyumbang kepada usaha dakwah dan memperkukuh Islam dalam masyarakat. – HARAKAHDAILY 12/9/2024

- Advertisement -