Kumpulan EPIC menang dua anugerah

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Malam tadi telah berlangsung Welcoming and Appreciation Dinner sempena Corporate Directors Training 2024 anjuran Terengganu Incorporated (TI) di Duyong Marina & Resort.

- Advertisement -

Turut telah diadakan ialah TI Group Awards 2024 bagi meraikan pencapaian cemerlang 2023. 

Kumpulan EPIC Berhad telah memenangi dua anugerah iaitu Top CSR Contributor 2023 (Silver Award Winner) dan The Most Promising Company in 2023 Award (Winner: PBKSB)

Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Kumpulan TI, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Tahniah kepada semua warga kerja Kumpulan EPIC,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Muhtar Suhaili menerusi laman Facebooknya.

Beliau bersama Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad, Datuk Ahmad Amzad Hashim telah menerima Anugerah Top CSR Contributor 2023 bagi pihak Syarikat manakala Pengerusi PBKSB Hanafiah Mat dan Pengurus Besar, Syed Abdullah Syed Omar menerima Anugerah The Most Promising Company in 2023 Award.

“Doakan semoga Terengganu Inc. dan EPIC Berhad terus cemerlang, maju, berkat dan sejahtera, insya-Allah,” kata Muhtar.

EPIC Berhad adalah salah satu syarikat di bawah Terengganu Incorporated.

Secara asasnya, EPIC ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan penyelesaian minyak dan gas bersepadu dengan lapan anak syarikat utama yang terlibat aktif dalam sektor minyak dan gas sama ada huluan mahupun hiliran. – HARAKAHDAILY 11/3/2024

- Advertisement -