KDN FC III giat berlatih menjelang suku akhir Piala Presiden

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC III kini giat menjalani latihan khususnya pada posisi serangan kerana tidak mahu lagi menoleh ke belakang menjelang saingan suku akhir pertama Piala Presiden 2024.

KDN FC dijangka menentang Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di laman sendiri pada 10 Oktober depan.

- Advertisement -

Pengendali KDN FC lll, Mohd Zaki berkata, persediaan dilakukan dengan giat setelah sesi latihan dijalankan secara berterusan selain turut mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

Menurutnya, skuad berkenaan berlatih setiap hari sebagai persediaan  rapi menjelang sepak mula suku akhir menentang  bagi menentang AMD.

“Pihak kami juga telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dan mungkin akan menambah beberapa lagi perlawanan sebelum turun perlawanan sebenar,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaki, daripada perlawanan persahabatan yang diatur ini, beliau dapat menilai, membaiki dan menambah baik kualiti permainan pasukan.

“Barisan kejurulatihan dan pemain sangat bersemangat. Kami optimis menuju ke tarikh perlawanan.

“Pihak saya sangat berharap pemain bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal, sebab itu perlawanan persahabatan yang kami jalankan digunakan sebaik mungkin untuk menambah baik kualiti pemain serta taktikal permainan,” katanya lagi.

Menurutnya, setakat ini skuad kendaliannya itu bebas kecederaan dan penggantungan.

Tambahnya, jika persiapan lancar, beliau yakin pemain akan berjuang sebaik mungkin untuk mencipta keputusan positif sekali gus merebut satu tempat ke separuh akhir.

Katanya, biarpun pihaknya sedar kekuatan lawan yang banyak kelebihan, namun pihaknya berusaha sedaya mungkin untuk berjuang. – HARAKAHDAILY 11/9/2024

- Advertisement -