ADUN Lantikan perlu diwakili golongan tidak diwakili

- Advertisement -

JERANTUT: PAS antara yang menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan sewaktu dibentangkan dalam sidang DUN Pahang pada sesi lepas.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP yang dilihat tidak menyokong ADUN lantikan itu sehingga keluar Dewan pada masa itu.

“PAS kita menyokong atas prinsip, lima (ADUN lantikan ini) kita lantik daripada yang tidak diwakili dalam Dewan Negeri.

“Dia hampir sama dengan Terengganu yang tak ada wakil dalam Dewan Negeri, kita lantik dia sebagai ADUN lantikan. Contohnya kaum Orang Asli, Orang Asli tak ada dalam dewan, jadi kita boleh lantik dia.

“Contohnya ada group-group yang kita rasa ada kepentingan dalam pentadbiran kerajaan negeri, daripada tokoh-tokoh profesional, daripada universiti tempatan sebagainya kita boleh lantik. Itu asas kepada ADUN dilantik.

“Sebab itu bila dilantik di kalangan ahli politik saya rasa no poin (tidak ada sebab) lah kita, buat apa lantik mereka dah kalah pilihan raya kemudian mereka bertanding tak menang lantik,” pertikai beliau.

Beliau yang juga ADUN Cheka berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen DHPP di Hotel Darul Makmur, di sini semalam.

Menurut beliau, ADUN Lantikan dalam Dewan Negeri Pahang mempunyai kuasa mengundi sebagaimana juga ADUN yang dipilih.

Sebab itu kata beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang, pihaknya kemukakan satu cadangan balas kepada kerajaan negeri beberapa penambahbaikan kepada syarat lantikan tersebut.

“Jadi kita bawalah tapi nampaknya dia tak pedulilah. Dia lantik saja,” kesali beliau.

Tuan Ibrahim dalam pada itu menegaskan bahawa pembangkang bersetuju dengan ADUN Lantikan dahulu dan terkini, tetapi dengan maksud mengekalkan pandangan sewaktu menyokong dahulu.

“Kekalkan ADUN yang tak diwakili, hendak dilantik golongan profesional, hendak dilantik wakil-wakil industri, kalau boleh dilantik duduk situ wakil-wakil masyarakat yang tidak diwakili, minoriti sangat duk situ.

- Advertisement -

“Jadi kalau (laksana seperti) yang ini (iaitu) cadangan kita waktu menyokong dulu (teruskan). Tapi bila sokong dia tak buatlah.

“Ingat saya rasa kena tukar jugalah kerajaan (Pahang) yang ada ni. Insya-Allah. Ada cahaya insya-Allah (untuk berlaku pertukaran itu),” kata beliau. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

- Advertisement -