Bekas pemain Kelantan beraksi semula di negeri sendiri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Pulau Pinang Muhaimin Izzudin bertekad untuk meningkatkan prestasi Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) setelah kembali semula ke negeri itu.

Beliau kembali ke negeri kelahiran untuk menyarung jersi KDN FC pada pintu perpindahan kedua Liga Malaysia.

Sebelum ini beliau bersama Kelantan FC pada 2023 sebelum menyertai Penang FC pada awal musim 2024.

- Advertisement -

Menurut Muhaimin, beliau berazam untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama seterusnya membantu KDN FC memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

“Insya-Allah, saya akan usaha untuk membantu kelab dan pasukan. Paling utama, azam saya merebut tempat dalam senarai pemain agar prestasi dapat dipertingkatkan dan menggembirakan kedua ibu bapa saya,” katanya di sini.

Muhaimin Izzudin atau Qomi diperkenalkan secara rasmi KDN FC bersama tiga lagi pemain baharu dibawa masuk iaitu Hakimi Abdullah, Fikri Che Soh serta import penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann. – HARAKAHDAILY 6/9/2024

- Advertisement -