
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, Hassanuddin Salim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datin Rodiah Arshad, kakak kepada Allahyarham Sudirman Arshad.
Beliau turut memberi pernghormatan terakhir kepada arwah dan turut menyertai solat jenazah di Masjid Batu 1, Temerloh.
“Alhamdulillah kami turut memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah bersama solat jenazah dengan jemaah di sini,” katanya dalam catatan di laman sosial beliau, pagi ini.
Katanya, jenazah telah dibawa dari Damansara untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh.
Menruutnya, dimaklumkan jenazah telah disempurnakan dan disolatkan di Masjid Damansara sebelum dibawa ke Temerloh untuk pengkebumian.
Beliau berkata, jenazah tiba di Masjid Batu 1, Temerloh sekitar waktu Maghrib dan disolatkan sekali lagi oleh para jemaah selepas solat Isyak.
“Bersama kita doakan semoga arwah dimasukkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh juga diampunkan segala dosanya oleh Allah SWT,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Semalam, media melaporkan Datin Rodziah yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat kanser paru-paru pada jam 12.08 tengah hari.
Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq selepas solat Jumaat untuk dimandikan, dikafan dan solat, seterusnya dibawa ke Temerloh untuk dikebumikan.
Allahyarham Rodziah meninggalkan suami, tiga anak dan tujuh cucu. – HARAKAHDAILY 31/8/2024











