
AWAL Mac 2023, saya telah dedahkan salah guna kuasa Kementerian Belia Dan Sukan di bawah Hannah Yeoh Democratic Action Party melalui agensi bawah KBS, Impact Malaysia guna budget kerajaan anjur program Jom Ke Gereja iaitu tersebar bahan iklan berbahasa Melayu ajak orang muda bukan Kristian ke gereja bagi mengenali agama Kristian.
Artikel 11(4) Perlembagaan Negara dengan jelas menyebut sebarang usaha mempromosi, menyebar dakyah agama lain di kalangan umat Islam ialah jenayah. Saya dedah program ini dan saya lapor Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) kerana program itu jenayah. Namun bukan saja laporan saya tidak disiasat malah rakaman percakapan saya sebagai pengadu tidak diambil pun.
Hannah Yeoh telah guna hampir semua media arus perdana ketika itu fitnah saya dengan kata saya pemfitnah.
Klik baca kenyataan penuh saya ketika pendedahan tersebut https://www.facebook.com/share/p/ZvKfomA81dYfw1HX/?mibextid=oFDknk
Ketika itu jelas pendedahan saya turut bangkit kegusaran. Program ini punya agenda jahat. Hannah yang mana suaminya merupakan seorang pastor, memang disokong gerakan kristianiti di belakangnya dan matlamat politiknya terkait agenda kristianiti dan ini dia akui sendiri dalam buku tulisannya Becoming Hannah: A Personal Journey.
Namun kerana masyarakat sambut pendedahan saya program tersebut dibatalkan.
Namun agenda jejas akidah umat ini tidak terhenti.
Awal Ogos 2023, saya telah dedahkan program terkait Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di mana sekumpulan umat Islam dikumpulkan melalui bengkel tertentu dan dibawa ke kuil Hindu.
Ada video di mana seorang peserta wanita Melayu mengucapkan syukur kerana melalui program ini dapat kali pertama pergi kuil Hindu. Melalui kehadirannya itu dia kata Islam dan Hindu banyak persamaan. Klik https://www.facebook.com/share/p/F3qUXGqeX2xVPPsv/?mibextid=oFDknk untuk tonton video samakan Islam dan Hindu
Menyamakan Islam dengan agama lain jelas menjejaskan akidah dan boleh tergugur syahadah.
Menteri agama beri respons terhadap pendedahan saya juga dengan fitnah. Mohd Na’im Mokhtar kata saya fitnah. Cuma dia tak berani sebut nama saya sebaliknya menyatakan seorang ahli politik.
Tekanan pendedahan saya, perempuan yang tular videonya nyatakan Islam dan Hindu banyak persamaan telah buat video kedua.
Video kedua lagi parah. Dia memetik surah Al Imran bagi menghalalkan video pertamanya. Faktanya surah Al Imran antaranya berkisar firman menyeru sesama ahli kitab, jangan bergaduh. Jangan cari perbezaan sebaliknya cari persamaan kerana semuanya menyembah Allah yang satu. Klik https://www.facebook.com/share/p/87tkKeJ8mRkiwf3D/?mibextid=oFDknk tonton video kedua lebih menyesatkan
Kitab ada 4 termasuk Al Quran. Hindu bukan Ahli Kitab. Jelas menjejaskan akidah malah seleweng dalil Al Quran.
Perkara ini diyakini agenda terancang. Contohnya Anwar sendiri sengaja petik kisah Ashabul Kahfi dalam ucapannya dengan fitnah pemuda Al Kahfi sebagai Kristian.
Faktanya pemuda Al Kahfi bukan Kristian sebaliknya penganut Syrian Nabi Isa a.s. kitabnya ialah Injil.
Kristian ialah agama baru yang kononnya Isa a.s mati disalib dan kitab mereka ialah Bible yang merupakan tulisan manusia. Diyakini Anwar sengaja seleweng.
Antara ahli kitab halal sembelihan, halal berkahwin sesama ahli kitab. Adakah Anwar ingin jadikan negara ini halal kahwin tanpa tukar agama?!
Terbaru ramai tak sedar, agenda pluralisma ini diteruskan dengan budget khas, Kabinet lulus bentuk Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI). Niat penubuhan jawatankuasa nampak baik tapi dari program jelas promosi pluralisma – semua agama sama.
Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan dan turut disertai oleh Naim, Menteri Agama Islam.
Orang Islam dibawa ke rumah ibadat agama lain malah ada yang terikut ritual agama.
Umat Islam wajib tuntut semua aktiviti pluralisma ini dihentikan segera. Kita perlu kembali kepada kontrak sosial yang menjadi kunci kestabilan negara.
Naim Menteri Agama lemah dan harus letak jawatan, isu penghinaan terhadap kalimah Allah, isu kalimah Allah boleh diguna agama lain dan kini usaha pluralisma dalam perbagai cara jejas akidah berterusan menunjukkan Menteri Agama makan gaji buta. – HARAKAHDAILY 30/8/2024
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Pribumi BERSATU Malaysia.
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.











