
KUANTAN: “Tahniah Intan mengharumkan nama negeri Pahang,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu kepada atlet negeri pada SUKMA 2024, Intan Nurirdina Faqihah Mohd Azhar.
Beliau bersama Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dan Penyelaras DUN Semambu, Ustaz Zulfadhli Zakariah menziarahi keluarga Intan Nurirdina Faqihah di Taman Cenderawasih, Indera Mahkota, hari ini.
Ziarah itu bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada atlet penembak Pahang itu atas kejayaan pada SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak, berakhir semalam.
Intan Nurirdina berjaya merangkul dua pingat iaitu emas dalam acara 25m sport pistol wanita berpasukan,
Bagi acara individu kategori yang sama, beliau berjaya merangkul pingat gangsa.
Awak masih muda dan saya percaya Intan boleh lebih maju ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan,” ujar Andansura menerusi pengkongsian di laman sosial Wan Razali, hari ini. – HARAKAHDAILY 25/8/2024











