Paras air Timah Tasoh susut tambah rezeki pengusaha bot

- Advertisement -

PADANG BESAR: Meskipun penyusutan paras air di Empangan Timah Tasoh membimbangkan penduduk tempatan, ia secara tidak langsung membawa peluang rezeki kepada pengusaha bot pelancong.

Mereka kini giat membawa pengunjung bersiar-siar ke kawasan penempatan lama yang muncul semula akibat paras air yang surut.

Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Imanina Safiya Zaidi, meluahkan keterujaannya melihat pemandangan unik yang tidak disangka-sangka.

- Advertisement -

 “Belakang ni ada bukit dan padang luas, memang tak expect ni macam kampung,” katanya.

Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sarah Safiyyah Ahmad Zaki, turut berkongsi rasa yang sama semasa mengunjungi destinasi tersebut.

“Kawan saya kata ni sebenarnya dulu air, bila surut baru nampak rumput-rumput ni, sangat teruja,” ujarnya.

Selain menjadi daya tarikan kepada pelancong, kawasan sekitar empangan kini juga menjadi tumpuan pemancing dan pengunjung yang tertarik melihat kehadiran pelbagai spesies burung yang mula kelihatan di situ.

Walaupun penyusutan paras air kali ini tidaklah seteruk yang berlaku pada tahun 2016, di mana jalan lama yang pernah ditenggelami air muncul semula, namun tinjauan mendapati paras air di kawasan jalan tar di tengah tasik kini hanya setinggi lutut, sekitar setengah meter.

Perubahan ini memberi pengalaman baharu kepada pelancong dan membawa tambahan pendapatan kepada pengusaha bot di kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 21/8/2024

- Advertisement -