Pungutan pingat sebagai pembakar semangat buat atlet negeri

Wan Sukairi Wan Abdullah semasa menghadari acata olahraga sempena SUKMA Sarawak 2024.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kedudukan pingat emas semasa menyaksikan Terengganu berada di tangga ketiga daripada 15 negeri yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

- Advertisement -

“Jika kita ingin memintas pihak lawan dari Sarawak dan Wilayah Persekutuan, atlet-atlet Terengganu perlu bekerja kuat lagi bagi meraih pungutan pingat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah.

Menruutnya, dari sudut positif, pungutan pingat sekarang secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai satu pembakar semangat buat atlet-atlet negeri untuk terus berjuang dengan sehabis baik.

Justeru, beliau masih ingat ada seorang sahabat pernah berkata ‘jangan tebeng main dengan orang Terengganu ni, makin ditekan makin dia lawan’.

“Mudah-mudahan atlet-atlet Terengganu akan terus bermotivasi bagi persembahkan aksi yang terbaik sekali gus mendapat pingat untuk negeri Terengganu.

“Orang Terengganu kata ‘buat sapa habis reng’,” ujarnya lagi.

Katanya, sepanjang berada di Kuching, beliau cukup teruja dengan semangat serta komitmen daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu, bapa-bapa angkat yang terdiri daripada ADUN Terengganu serta jabatan-jabatan angkat.

Tambahnya, hampir kesemua bapa angkat dan jabatan angkat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan secara moral.

“Ini secara tidak langsung menjadi penyuntik semangat kepada atlet kita,” ujarnya yang juga bapa angkat kepada atlet olahraga.

Katanya, kepada atlet-atlet yang tidak berjaya mendapatkan pingat, usah bersedih kerana kejayaan anda berada di peringkat SUKMA ini telah terbaik.

“Namun rezeki belum menyebelahi. Insya-Allah, usaha yang berganda perlu dilakukan selepas ini.

“Perjuangan masih belum berakhir. Kekal fokus dan lakukan terbaik,” katanya yang juga ADUN Wakaf Mempelam. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -