Penduduk masih tunggu manifesto calon BN

Mohd Rizwadi Ismail semasa membentangkan Tawaran PERIKATAN NASIONAL PRK N43 Nenggiri.
- Advertisement -

GUA MUSANG: Penduduk di DUN Nenggiri masih lagi menunggu tawaran dikemukakan calon BN Azmawi Fitri Abdul Ghani bagi membolehkan mereka membuat penilaian.

- Advertisement -

Kata mereka sehingga sekarang tidak kedengaran pelancaran tawaran oleh calon BN, sedangkan tempoh kempen PRK DUN Nenggiri hanya tinggal dua hari lagi.

Seorang penduduk dari Limau Kasturi, Shafei Mahmood berkata, penduduk di DUN Nenggiri masih lagi ternanti-nanti apa yang mahu ditawarkan calon BN selepas mereka mendengar tawaran calon PN Rizwadi Ismail.

Kata beliau sekiranya tawaran berupa manifesto tiada, maknanya Umno tidak serius memasuki gelanggang PRK.

“Atau mereka berdepan dengan konflik dalaman sehingga Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang sering datang ke sini, sedangkan pemimpin utama lain tidak kelihatan,” katanya di sini.

Baru-baru ini, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dilapor berkata, BN tidak akan mengemukakan manifesto pada PRK DUN Nenggiri.

ADUN Bunut Payong Shaari Mat Yaman berkata, kehadiran BN pada PRK kali ini jelas kelihatan tempang kerana Presiden Umno keseorang sahaja yang turun padang membantu calon mereka.

Katanya juga tanpa ada tawaran untuk pengundi mereka tidak boleh buat perhitungan bagi melihat wawasan calon.

“Jauh berbeza dengan calon PN Rizwadi Ismail ada wawasan yang jelas bagi menabur bakti kepada penduduk di DUN Nenggiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -