Begitu besar jasa dan pengorbanan guru KAFA

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan insan yang sentiasa memastikan kefahaman agama dapat secara menyeluruh kepada anak-anak.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ada dalam kalangan mereka yang telah berkhidmat selama 30 tahun.

Menurutnya, mereka menanamkan kesedaran kepada murid dan ibu bapa mengenai kepentingan peranan sekolah KAFA dalam membentuk generasi muda berpengetahuan agama.

Katanya, bayangkan anak-anak muridnya yang sentiasa mengaji Al Quran, mengamalkan hukum agama dan sebagainya.

“Begitu besar jasa dan pengorbanan mereka yang kita tidak mampu membalasnya,” ujarnya menerusi satu catatan di laman sosial beliau.

Sehubungan itu, ujar ADUN Bandar itu lagi, semoga Allah melanjutkan usia mereka dan sentiasa diberi kesihatan untuk terus menabur budi buat rakyat Terengganu.

Semalam, beliau berpeluang bertemu dengan mereka semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Guru KAFA Kuala Nerus di hadapan 391 orang guru. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -