4 pulau buatan disiapkan menjelang musim tengkujuh

Mohd Shafizi Ismail menunjukkan ke arah pulau buatan yang sedang disiapkan.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Empat buah pulau buatan akan disiapkan tahun ini di perairan Pengkalan Maras-Mengabang Kapal-Kampung Tanjung Batu Rakit.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail ia sebagaimana dijanjikan pihak pelaksana projek tersebut.

Menurutnhya, beliau meminta supaya dilaksanakan sekali gus bukan satu persatu kerana dibimbangi musim tengkujuh yang akan tiba tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, tengah hari tadi saya turun ke tapak dah nampak hasilnya muncul empat buah pulau yang sedang dalam pembikinan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Katanya, doakan semoga empat buah pulau itu sempat disiapkan sebelum datangnya musim tengkujuh hujung tahun ini.

“Untuk makluman, insya-Allah usaha yang sedang dilakukan itu dapat menyelamatkan pantai seluruh DUN Batu Rakit dengan 16 buah pulau keseluruhannya sehingga ke Pantai INSTEP Kampung Mengabang Panjang.

“Semoga projek ini berjalan lancar demi kebaikan rakyat Batu Rakit,” ujarnya yang juga Pengerusi MTD DUN Batu Rakit.

Pada Julai lalu, beliau mengikuti taklimat Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kuala Nerus di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.

Ini susulan jajaran kawasan pantai itu berdepan dengan suasana hakisan yang agak kritikal setiap kali musim tengkujuh.

Justeru, sebelum musim tengkujuh, beberapa buah pulau buatan dijangka siap khususnya di beberapa lokasi kritikal. – HARAKAHDAILY 13/8/2024

- Advertisement -