
KUALA TERENGGANU: Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Jaring PASTI Kawasan Dungun kerana telah dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Negeri Terengganu 2024.
Ahli Parlimen Dungun itu juga mengucapkan tahniah juga kepada pasukan bola sepak kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kemenangan yang diusahakan.
Beliau menerusi catatan di laman sosialnya berkata, namun tiada rezeki buat mereka untuk ke peringkat seterusnya.
Menurutnya, walaupun tewas di peringkat kumpulan ia merupakan satu pengalaman berharga buat mereka kerana bermain mewakili kawasan Dungun.
“Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar dan ibu bapa di atas tunjuk ajar serta sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada anak-anak mereka.
“Insya-Allah pada tahun hadapan kekalkan lagi kemenangan,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan.
Sehubungan itu, beliau berharap supaya ditingkatkan prestasi semoga PASTI kawasan mendapat juara kesemua acara yang dipertandingkan.
Kejohanan itu berlangsung di Padang Astaka Kampung Gong Kemuntong, Besut pada Jumaat dan Sabtu, lalu.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Harun Esa. – HARAKAHDAILY 12/8/2024











