Wakil rakyat Kelate Kito wat gapo? (10 Ogos ’24)

- Advertisement -

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Ahli-Ahli Parlimen Kelantan sentiasa bersama rakyat termasuk ketika dalam keadaan sukar.

- Advertisement -

Mereka sering turun padang untuk bertanya khabar, menziarahi rakyat dalam DUN atau Parlimen ke atas golongan yang sakit, membantu menyelesaikan masalah mereka dan berbagai lagi.

ADUN Selising: Tuan Saripuddin Tuan Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri itu menyifatkan Ekspo Tani Kelantan 2024, begitu berjaya apabila mendapat sambutan orang ramai sepanjang empat hari diadakan.

“Alhamdulillah, program dwi tahunan ini dianjurkan bagi meraikan para petani, penternakan dan nelayan sebagai medium penyebaran ilmu serta peluang pengembangan industri pertanian di Kelantan.

“Ia juga ruang untuk mempromosikan lagi ulang tahun ke-10 MAHA2024 yang akan diadakan tak lama lagi,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup ekspo berkenaan petang semalam.

Ahli Parlimen Kuala Krai: Abdul Latif Abdul Rahman
Telah menziarahi adik Marsya Sufiyatul Aisyah di RKB Sungai Durian. Beliau ditemani isteri, Suhaila Abdullah menziarahi adik Sufiyatul murid darjah lima dari Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil yang mengalami masalah jantung.

“Bagaimanapun adik Aisyah ni aktif dalam bersukan. Saya difahamkan beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

“Ambo menyampaikan sumbangan temasuk daripada Exco Kesihatan negeri, YB Hilmi Abdullah kepada adik Aisyah,” katanya.

Abdul Latif berharap, Aisyah sembuh dengan sebaiknya dan dapat menyertai aktiviti sukan khususnya bagi mewakili sekolah.

Turut menziarahi adik Aisyah, Penghulu Mukim Sungai Durian, Satria Che Soh.

Ahli Parlimen Tumpat: Dato’ Mumtaz Md Nawi
Telah masmikan program Kibar Jalur Gemilang bersama penduduk tempatan yang dianjurkan KRT Kampung Chat, Nenggiri, Gua Musang.

Katanya, mengibarkan Jalur Gemilang menunjukkan semangat Patriotik yang perlu ada dalam diri sebagai tanda bersyukur dan terima kasih kepada pahlawan yang sanggup bergadai nyawa demi sebuah negara berdaulat.

“Kerajaan Malaysia menggalakkan kita mengibarkan Jalur Gemilang sehingga Hari Malaysia.

“Berkibarnya sesebuah bendera menunjukkan adanya sebuah tamadun atau negara yang berdaulat dibawahnya. Jom kibarkan Jalur Gemilang,” katanya pada majlis itu.

ADUN Limbongan: Nor Asilah Mohamed Zin
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, itu mengiringi Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) N.43 DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail berkempen.

Sempena majlis yang diadakan itu, Menteri Besar dam calon mengambil kesempatan pusing kampung, Ttemu Mato bersama penduduk sekitar.

“Pada masa yang sama kami berkesempatan menantuni warga emas yang keuzuran,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 11/8/2024

- Advertisement -