Usah paksa agensi kerajaan jadi alat politik

- Advertisement -

GUA MUSANG: Ketika rakyat di negara ini semakin celik politik termasuk penduduk yang tinggal di pedalaman, namun Umno dilihat masih mengamal politik lapuk.

- Advertisement -

Premis milik kerajaan Pusat menjadi mangsa sebagai tempat Umno berkempen.

Pada penamaan calon Sabtu lepas, Ibu Pejabat Kesedar berhampiran Sungai Ketil menjadi tempat berhimpun perarakan calon BN dengan diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pensyarah Psikososio sebuah universiti awam, Dr Zulkefle Yaacob berkata, petugas pilihan raya Umno turut menjadi premis kerajaan di penempatan Orang Asli sebagai tempat operasi mereka.

Katanya, bendera dacing dipamer tanpa segan silu di premis milik kerajaan di penempatan Orang Asli dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh dan Renok Baru.

“Premis kerajaan menjadi lokasi tumpuan jentera Umno, begitu juga di kawasan Orang Asli mereka bermewahan mempamer bendera dan kenderaan ketika datang berkempen di kawasan Orang Asli,” katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengarah Operasi PRK Nenggiri PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, premis kerajaan serta kakitangan awam tidak sepatutnya menjadi markas parti politik.

Katanya, pilihan raya melibatkan parti dan bukan kerajaan.

“JAKOA, Kesedar, Felcra, Felda dan lain-lain agensi perlu bebas daripada dipaksa atau diperalatkan oleh parti politik.

“Pegawai kerajaan tidak suka mereka dipaksa melakukan arahan pemimpin parti tertentu. Berhentilah daripada amalan yang tidak baik ini,” katanya pada catatan di laman sosialnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2024

- Advertisement -