
KUALA LUMPUR: Pemantauan sehingga 5 Ogos lalu mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 119 kes berbanding 116 kes pada 29 Julai lalu.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), pecahan kes mengikut diagnosis adalah 83 kes kelesuan haba, strok haba (28) dan kejang haba (lapan).
Katanya, bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah 20 kes di Terengganu, Kedah (19 kes) di Kedah, Johor (14), Pahang (14), Perak (13), Negeri Sembilan (10), Selangor (9), Sabah (7), Kelantan (5), Perlis (4)i, WP Kuala Lumpur (3) dan Pulau Pinang (1).
Tambahnya, pecahan kes mengikut umur adalah 90 dewasa, 24 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas.
“Tiada kes kematian baru dilaporkan pada minggu ini,” ujar Nadma dalam kenyataan, semalam.
Katanya, kes kematian akibat strok haba kekal lima kes yang melibatkan seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun pada 2 Februari lalu di Pahang, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 1 April di Kelantan, lelaki dewasa berusia 25 tahun pada 22 April di Negeri Sembilan, lelaki dewasa berusia 31 tahun pada 4 Jun di Perak dan lelaki dewasa berusia 22 tahun pada 13 Jun di WP Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu lagi, terdapat satu kes strok haba yang masih dalam rawatan di wad biasa Hospital Teluk Intan, Perak.
“Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2024











