Kelantan semak status tanah di bawah Kesedar

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hasan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mendapatkan maklumat berhubung status tanah-tanah dikelola di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan masalah hak milik tanah peneroka dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Kita akan dapatkan maklumat berhubung dengan status tanah-tanah yang terlibat dengan Kesedar dan tanah lain milik agensi kerajaan.

“Kita nak pastikan kedudukan di bawah siapa, masih di bawah kerajaan negeri atau sudah diberikan kepada Kesedar.

“Kalau jelas tanah tersebut berada di bawah Kesedar, maka agensi kerajaan Pusat itu kena bertanggungjawab kepada peneroka,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Kesedar dianggap melengah-lengahkan pemberian hak milik kepada peneroka selepas mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan negeri.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Bertam Lama katanya sebahagian besar permohonan geran tanah sudah diluluskan kerajaan negeri kepada Kesedar. – HARAKAHDAILY 7/8/2024

- Advertisement -