RM terkuat dalam tempoh 14 tahun? Yakin sangat PMX…

Benarkan Ringgit Malaysia kini terkuat dalam tempoh 14 tahun sebagaimana yang didakwa oleh PMX?
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dilihat sangat berkeyakinan dalam membohongi rakyat Malaysia seluruh negara berkenaan kedudukan Ringgit Malaysia (RM).”

Itu penegasan pemerhati politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff susulan kenyataan PMX bahawa  kedudukan Ringgit Malaysia sekarang adalah yang terkuat dalam tempoh 14 tahun. 

- Advertisement -

“Tak tahu mana dia ‘beli’ keyakinan dia. Selamba sahaja dia boleh membohongi rakyat Malaysia seluruh negara.

“Okey 14 tahun maknanya dari 2010 sehingga 2024, nilai Ringgit Malaysia sekarang ini adalah yang terbaik iaitu AS$1 bersamaan RM4.43,” katanya dalam media sosial miliknya.

Tambah beliau, jika disemak graf yang dikongsikannya bahawa terdapat banyak kali Ringgit Malaysia  lebih baik daripada garis merah yang menunjukkan nilai RM4.43 hari ini.

“Sebagai contoh; 26/8/2014 – AS$1 = RM 3.16: 01/05/2018 – AS$1 = RM3.57; 05/01/2021 – AS$1 – RM4.00 (Zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri)

“Jadi, celah mana Anwar kata Ringgit terbaik dalam tempoh 14 tahun?

“Yang penyokong Anwar pun, tadah sahaja, cuba sekali sekala gunakan akal. Tak adalah kena tipu memanjang,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2024

- Advertisement -