Mawaddah Centre tangani masalah keluarga, sosial

Ustazah Asmak Husin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre) untuk menyempurnakan tanggungjawab memandu ke arah membina masyarakat yang harmoni.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Asmak Husin berkata, Mawaddah Centre di bawah Urusetia Kebajikan Wanita, Keluarga dan Wanita dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk menyediakan perkhidmatan bagi menangani permasalahan institusi kekeluargaan dan sosial dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sekiranya orang ramai yang mempunyai pesakit mental di kalangan keluarga masing-masing, dinasihatkan tidak membiarkan mereka begitu tanpa dibantu.

“Mawaddah Centre boleh dirujuk berhubung masalah ini untuk dibantu agar pesakit tidak berlarutan,” ujarnya.

Menurutnya, pusat ini terletak di Stesen Bas Bandar Kota Bharu yang dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai masaalah keluarga atau seumpamanya boleh menghubungi Mawaddah Centre di talian 011 59858281 atau 09 7430497.

Mengenai seorang wanita cuba terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Pasir Mas, baru-baru ini, Asmak berpendapat, antara kes seperti itu banyak berlaku disebabkan ramai yang berkongsi di media sosial.

Menurutnya, apabila mereka yang mempunyai masalah yang sama menontonnya, akan mengambil kaedah yang sama utk berbuat demikian.

“Melihat isu ini, semakin banyak ia berkembang di media sosial, akan diambil ruang oleh pesakit mental untuk melakukan perkara sama.

“Kita memang memandng serius berhubung perkara itu (terjun jambatan) apabila ramai yang berkongsi video berkaitan terjun jambatan,” katanya lagi.

Katanya, peringkat kerajaan negeri sendiri telah banyak program berkaitan kekeluargaan, wanita, tentang kesihatan wanita, mental wanita dianjurkan untuk memahami dan atasi kejadian itu.

Kerana itu, katanya masyarakat serta keluarga sedari perlu memberi kerjasama untuk mengatasi masaalah ini dengan kerjasama kementerian berkaitan, NGO. – HARAKAHDAILY 31/7/2024

- Advertisement -