Sambutan Hari Pahlawan di Putrajaya, tiga laluan ditutup sementara esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bersempena menyambut Hari Pahlawan 2024, tiga laluan sekitar Putrajaya kan ditutup sementara bermula 7.30 pagi yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamhuri Mohd Isa berkata, laluan tersebut melibatkan Jalan Persiaran Sultan SalehuddinAbdul Aziz Shah, Jalan lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.

- Advertisement -

“Jalan akan dibuka semula secara berperingkat mengikut masa yang telah ditetapkan selepas tetamu kehormat melalui serta selamat sampai ke majlis tersebut.”

“Bagi laluan kenderaan di bulatan sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa Lagu Negaraku berkumandang dan laluan berkenaan akan dibuka semula selepas selesai acara tembakan meriam dilakukan.” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zamhuri berkata, 82 pegawai dan anggotanya akan bertugas bagi mengawal lalu lintas sepanjang majlis itu berlangsung.

Dalam itu juga, beliau menasihatkan pengguna jalan raya terutama petugas yang akan melalui lokasi penutupan jalan merancang perjlanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-88862138 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -