Lajnah Kebajikan PAS anjur Umrah Prihatin Mahabbah

Ustaz Meor Abdullah Meor Omar Baki (kiri) dan Mohd Faizal Che Yusof siaran langsung penstriman Podcast membicarakan tajuk 'OKU dan Murobitun Tetamu Allah di Musim Sejuk', semalam.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS (LKKSP) Pusat akan melaksanakan program Umrah Prihatin Mahabbah yang melibatkan peserta khas dalam kalangan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan murabitun.

- Advertisement -

Pengarah Umrah Prihatin Mahabbah, Mohd Faizal Che Yusof memberitahu, inisiatif untuk mengadakan umrah ziarah khas yang dijangka pada musim sejuk ini adalah hasrat daripada Pengerusi LKKSP Pusat, Dr Rosni Adam.

Malah beritahunya, umrah ziarah itu juga dirancang dengan penglibatan bersama kalangan murabbi di dalam PAS di mana semua yang menyertai nanti bermatlamatkan ke arah memperkasakan gerak kerja parti khususnya LKKSP.

Mutawwif Umrah Prihatin Mahabbah, Ustaz Meor Abdullah Meor Omar Baki yang disifatkan selaku arkitek yang menyusun program itu berkongsi pengalaman dan cabaran umrah di mana ia bukan semata-mata ibadah dan lawatan.

Mereka berdua berkongsi perkara tersebut dalam siaran langsung penstriman Podcast membicarakan tajuk ‘OKU dan Murobitun Tetamu Allah di Musim Sejuk’ menerusi Facebook LKKSP Pusat, di sini semalam.

Antaranya diimbau perjalanan umrah itu dan ibrahnya dengan Hijraturrasul yang dikaitkan oleh kedua-dua panel kepada tempat penting umrah ziarah itu di Taif, Makkah dan Madinah iaitu tempat-tempat dilalui Nabi SAW.

Juga lokasi Badar yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Makkah di mana merupakan satu kawasan bandar kecil namun tenang dan cantik serta terdapat perkuburan dan bukit di situ.

Beritahu mereka, umrah khas tersebut dijangka diadakan pada 1 Januari 2025 dan pulang pada 12 Januari 2025 serta berharap program ini mendorong peserta agar kelak terpilih sebagai tetamu Allah bagi menunaikan haji pula.

“Sebenarnya kita nak kaitkan bila PAS ni kita nak menggerakkan aspirasi negara berkebajikan dalam muktamar-muktamar akhir lagi Tuan Guru Presiden tekankan konsep Negara Hidayah maknanya kita nak pacu Malaysia ni atas nilai inilah,” ujar Faizal.

Jelasnya, PAS tidak mengenepikan hal material, tetapi ibadah dan kebajikan seperti inilah membawa keberkatan dan pahala yang mahu dijelmakan melalui jentera parti yang kuat dan faham serta istiqamah.

“Tambahan pula bila di bawah Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial ni membawa aspirasi negara berkebajikan dan bila dijenamakan semula Keprihatinan Sosial itu dahulunya masyarakat.

“Dia memberi satu harapan betapa sekarang ni PAS sebagai badan siasah telah bersedia untuk pacu Malaysia kepada satu arah yang tertentu,” ujar beliau lagi.

Kupasnya juga, dakwah dilakukan PAS bukan semata-mata mengajak orang kepada Islam tetapi memberi satu tindakan meyakinkan orang untuk melaksanakan kebaikan, antaranya ditumpahkan dalam gerak kerja dan tanggungjawab para murabitun. – HARAKAHDAILY 27/7/2024

- Advertisement -