KDN FC berdepan cabaran getir malam ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Skuad Sang Kijang Emas, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super, kini berada di zon penyingkiran sekiranya masih gagal perlawanan malam ini.

- Advertisement -

Ketua Jurulatih Park Jaehong berkata, pemain perlu mempertingkatkan prestasi supaya tidak boleh kalah di laman sendiri.

“Perlawanan ini mesti kita akhiri dengan kemenangan kerana hanya tiga mata akan membantu pasukan kembali bernafas dalam persaingan Liga Super 2024/25,” katanhya di sini semalam.

Malam ini KDN FC akan menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, dianggap sebagai perlawanan getir bagi meneruskan cabaran liga. 

Menurutnya pertembungan tersebut sangat penting memandangkan KDN FC tidak mahu ketinggalan jauh dengan pasukan pencabar lain.

Bagaimanapun beliau optimis anak buah akan bermain habis-habisan kerana jika tercicir satu kerugian besar untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

“Semua pihak kecewa dengan kekalahan sebelum ini terutamanya penyokong, saya yakin pemain akan bermain bermati-matian untuk meraih kemenangan sekali gus membuktikan bahawa kami masih mampu bersaing,” kata Park. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -