MCBA perlu fokus kepada integriti dan etika

Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, pengubahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) merupakan keperluan mendesak untuk menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan negara.

- Advertisement -

Menurutnya, ia termasuk isu pencerobohan, jenayah penyeludupan, pemerdagangan manusia serta kehilangan sumber dan hasil negara.

Beliau menekankan pentingnya mekanisme jaminan integriti dan pematuhan etika oleh pegawai MCBA.

“Soalan saya, sebagai sebuah agensi baru, adakah MCBA mempunyai sebarang inovasi dari segi mekanisme jaminan integriti dan pematuhan etika oleh para pegawai yang dipertanggungjawabkan.

“Kerana bagi saya, jika isu ini tidak diberi perhatian serius dan ditemukan penyelesaiannya, perwujudan MCBA ini tidak akan dapat mencapai matlamatnya yang utama,” kata Nik Abduh ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Nik Abduh dalam soalan asal meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan keberkesanan pelaksanaan operasi MCBA yang diwujudkan dengan melibatkan beberapa agensi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, mengakui bahawa isu integriti di kalangan anggota penguatkuasa adalah isu yang diberi perhatian serius oleh kerajaan pada masa kini. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

- Advertisement -