Apa hasil kajian pelajar tidak menduduki SPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff mengemukakan pertanyaan mengenai kajian yang dijanjikan untuk mengetahui sebab pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

- Advertisement -

“Saya ingin tahu, Yang Berhormat Menteri pernah menyatakan bahawa satu kajian akan dibuat untuk mengetahui mengapa pelajar-pelajar ini tidak menduduki peperiksaan.

” Jadi, saya ingin tahu apakah hasil kajian tersebut dan adakah kementerian bersedia untuk menilai semula pelan pembangunan pendidikan Malaysia agar faktor pelajar-pelajar ini tidak menduduki SPM diberi penekanan dan tidak berulang lagi,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini.

Dalam soalan asal, beliau meminta Menteri Pendidikan menjelaskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk memastikan pelajar-pelajar menduduki peperiksaan SPM.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap setiap isu yang dibangkitkan.

“Berkenaan dengan bahagian kedua soalan tadi, pelan pembangunan pendidikan Malaysia bakal berakhir pada tahun 2025,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

- Advertisement -