
KANGAR: PASTI Smart Aulad Pra Tahfiz (PSA Pra Tahfiz) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan PASTI Kawasan Kangar 2024 setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kedua-dua acara bola sepak dan bola jaring.
Kejohanan tersebut menyaksikan penyertaan 10 pasukan untuk acara bola sepak dan lapan pasukan untuk acara bola jaring.
Dalam kejohanan bola sepak, PSA Pra Tahfiz muncul sebagai juara, diikuti oleh PSA Anak Cilik sebagai naib juara.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh PASTI As Syuhada dan PASTI Al Hidayah.
Sementara itu, dalam kejohanan bola jaring, PSA Pra Tahfiz sekali lagi mengungguli sebagai juara, diikuti oleh PSA Anak Cilik sebagai naib juara.
Tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Tarbiyatul Atfal dan tempat keempat oleh PASTI Al Hidayah.
Anugerah pemain terbaik bagi bola jaring dimenangi oleh Nur Ariana Qaisara Mohamad Shafiq manakala bagi bola sepak pula dirangkul oleh Muhammad Amir Ikhwan Mohd Irwan.
Sementara itu, Anugerah penjaring gol terbanyak bagi bola jaring diperoleh Aufa Faqiha Mohamad Fadzil dengan jaringan 49 gol, manakala bola sepak dimenangi oleh Shah Rayyan Mohd Shah Rizan dengan jaringan 11 gol.
Pengarah PASTI Kawasan Kangar, Mohd Suhairi Ghazali berkata, kejayaan itu menunjukkan usaha gigih serta dedikasi para guru dan pelajar PASTI dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dan sukan.
“Johan keseluruhan ini mengukuhkan lagi reputasi PSA Pra Tahfiz sebagai institusi yang bukan sahaja fokus kepada pendidikan tetapi juga perkembangan fizikal dan kesukanan pelajarnya.
“Kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2024













