Pemerintah hari ini perlu diubah – Mursyidul Am

- Advertisement -

KANGAR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin menyifatkan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mutakhir ini adalah berdasarkan kepentingan kepartian.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung isu enam Ahli Parlimen BERSATU yang telah gugur keahlian parti, namun kerusi mereka tidak dikosongkan.

“Apa yang diputuskan mutakhir ini berdasarkan kepentingan kepartian. Kita tak boleh nafikan. Apa yang dia rasa dia tak untung, dia tak akan buat. Ini tak betul. Apa yang nak untungkan dia, itu yang dia buat,” ujarnya.

Menurut Tuan Guru, perkara tersebut menambahkan lagi perkara yang menyebabkan sistem pemerintahan sekarang semakin tidak boleh dipercayai, sedangkan sebelumnya Parlimen meluluskan Akta Antilompat Parti.

Katanya, rakyat sudahpun menunjukkan bahawa kepercayaan mereka kepada kerajaan hari ini semakin terhakis, sebagaimana dapat disaksikan dari keputusan PRK DUN Sungai Bakap baru-baru ini.

“Jadi, kita kena ubah pemerintah yang memerintah sekarang ini. Suara rakyat akhir-akhir ini juga meminta Perdana Menteri meletak jawatan kerana tidak dapat menunaikan janji reformasi yang dikatakan dulu,” tegasnya.

Menurut beliau juga, keadaan tersebut menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan politik negara dan bagaimana rakyat boleh mempercayai kerajaan yang ada jika mereka sendiri melanggar undang-undang diluluskan. – HARAKAHDAILY 18/7/2024

- Advertisement -