Manfaat mesyuarat bersama PM ketengah isu rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berusaha mengetengahkan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-143, semalam.

- Advertisement -

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Fadillah Yusuf, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mesyurat itu diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. 

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, beliau tetap memperjuangkan hak dan keperluan rakyat pada mesyuarat di peringkat persekutuan.

“Mesyuarat itu merupakan wadah penting bagi membincangkan inisiatif pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Beberapa perkara dibincang melibatkan kerjasama antara negeri dan persekutuan serta penyelarasan pentadbiran serta membincang pelaksanaan dasar,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Oleh itu beliau berharap usaha yang dilakukan itu membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat Kelantan.

Manakala hari ini Mohd Nassuruddin mengiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 di Istana Negara. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -