KIAS tawar kursus pensijilan profesional eksekutif halal

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) membuka pendaftaran kursus pensijilan profesional eksekutif halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

- Advertisement -

Kursus tersebut dikelola Pusat Halal KIAS (KIASHAC) menyasarkan pengiat industri halal dan mahasiswa dalam bidang terbabit.

Menurut KIAS kursus tersebut selama tiga minggu sembilan hari akan bermula 20 Julai ini bagi membolehkan peserta mendapat sijil dikeluarkan Lembaga Profesional Halal diiktiraf JAKIM.

“Kursus ini dianjurkan KIAS Halal Center yang menyasar penyertaan pemain industri halal dan pelajar dalam bidang makanan, pengguna, logistik dan farmaseutikal.

“Pendaftaran dibuka sekarang dan yuran pendaftaran sebanyak RM1,200 yang merangkumi bahan kursus, sarapan, makan tengah, minum petang dan sijil HPB,” katanya pada kenyataan di laman sosial KIAS.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan KIAS akan mewujudkan Pusat Halal KIAS yang menjadikannya salah satu institusi pengajian tinggi terbaru menerima pengiktirafan tersebut.

Pada 30 Mei lepas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff menyerah sijil pengiktirafan kepada Rektor KIAS, Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin bagi mengendalikan kursus terbabit. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -