
NIBONG TEBAL: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Steven Koh berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program Ramah Mesra bersama Menteri Besar Terengganu bagi mencari alternatif meningkatkan ekonomi negeri.
Katanya, program itu adalah inisiatif yang diambil bagi mengelakkan keadaan ekonomi menjadi lebih buruk menerusi peluang dan kesempatan untuk mengadakan satu program bersama bertujuan mencari alternatif bagi membaiki ekonomi.
“Kita tidak mahu menunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk daripada apa yang telah kita alami. Oleh itu, kita mencari alternatif untuk membaiki keadaan daripada hanya menyalahkan pihak lain,” katanya.
Steven menekankan bahawa ini adalah peluang yang jarang ada dan oleh itu semua pihak perlu mengambil peluang ini dengan serius.
“Walaupun peluang yang ada ini jarang ada, jadi kita semua perlu peduli tentang apa yang ada di hadapan kita. Keadaan ini menunjukkan adanya kerjasama di kalangan wakil-wakil Persatuan Perniagaan Cina,” tambahnya.
Beliau juga menyatakan bahawa inisiatif itu datang dari DHPP negeri dan melibatkan kerjasama dengan wakil-wakil Persatuan Perniagaan Cina.
“Ini adalah inisiatif daripada Dewan Penyokong PAS dan kami yakin ia akan membawa perubahan positif,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 5/7/2024











