Calon PH berdepan protes senyap akar umbi 

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pengundi kaum India dianggap boleh menjadi penentu kemenangan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap Sabtu ini.

- Advertisement -

Kenyataan itu berasaskan kaum India membentuk 17.4 peratus daripada jumlah pengundi di DUN Sungai Bakap, manakala Melayu sebanyak 59 peratus dan Cina (22.5 peratus).

Pengarah Strategi Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, berdasar perkiraan itu gabungan kedua-dua kelompok itu boleh membentuk kekuatan sehingga 76 peratus.

Katanya, berdasar perkembangan semasa yang berlaku di Sungai Bakap sekarang pengundi India mulai mendekati PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas mereka kecewa dengan kerajaan Madani.

Kata beliau kenaikan kos sara hidup, banyak janji yang dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas tidak dilaksanakan.

Dr Wan Nik Wan Yussof

“Protes kaum India dilihat lebih ketara dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Situasi itu tambah marak dengan kehadiran Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

“Pengerusi parti itu P Ramasamy juga tinggal di Sungai Bakap. Beliau banyak pengalaman dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya di sini.

Malah P Ramasamy pada kenyataan turut menjangka peratusan keluar mengundi kaum India pada PRK Sungai Bakap Sabtu ini kecil.

Dr Wan Nik juga berkata, protes juga berlaku dalam kalangan pemilik kilang dan industri di Nibong Tebal ekoran kenaikan mendadak harga diesel pada 10 Jun lepas.

Kata beliau, ketika ditemui petugas kempen PAS dan PN mereka memberitahu terkesan teruk ekoran tindakan kerajaan Madani menaikkan harga diesel secara mendadak.

“Golongan terbabit biar pun tidak ramai namun sedia memprotes kerajaan Madani di kertas undi pada Sabtu ini,” ujarnya.

Menurutnya juga berdasar tinjauan yang dilakukan didapati veteran-veteran Umno di DUN Sungai Bakap tidak senang dengan calon diketengah PKR Dr Joohari Ariffin kerana tidak dikenali ramai.

Katanya, mereka meluahkan tidak senang hati kerana calon terbabit bukan pemimpin politik yang dekat dengan rakyat.

Beliau berkata, akar umbi Umno di Nibong Tebal sebelum ini mahu calon Umno diketengahkan kerana dianggap ada wibawa berbanding guru yang sudah pencen.

“Biarpun pemimpin Umno Nibong Tebal pada kenyataan sebelum in mengakui akur dengan keputusan pimpinan tertinggi, namun calon PH terbabit berdepan dengan protes secara senyap di peringkat bawah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

- Advertisement -