
KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mendedahkan beberapa pemimpin negara bekas Soviet dalam Euriasian Economic Union menyuarakan cadangan untuk bertemu kerajaan.
Malah, katanya usaha itu dapat diperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Russia selepas menyatakan hasrat menyertai BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).
“Hubungan kita dalam ASEAN ini perlu dipertingkatkan dengan negara-negara di Asia Tengah yang bergabung dalam kumpulan Euriasian Economic Union selepas keruntuhan kerajaan Soviet Union dahulu.
“Jadi saya nak tanya cara terbaik untuk kita mengukuhkan lagi ialah dengan adanya lawatan rasmi kerajaan, Perdana Menteri ke Moscow dan jumpa Presidennya, Vladimir Putin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Luar, Dato’ Seri Mohamad Hassan di Dewan Rakyat hari ini mengenai jemputan untuk mengadakan lawatan ke Rusia.
Terdahulu Mohamad menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya mengenai potensi dimanfaatkan negara dengan hubungan dengan negara di Asia Tengah.
Katanya, negara mengambil pendirian berhati-hati terhadap sebarang jemputan dua hala berikutan situasi geopolitik dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, sebarang lawatan Perdana Menteri perlu dirancang dengan baik agar masyarakat global tidak memberi tanggapan yang buruk dan menjejaskan pengiktirafan hubungan luar kepada negara.
“Tetapi kita perlu berhati-hati utk memposisikan negara kita ini kerana lawatan kerajaan dan saya Menteri Luar nanti dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada kita punya hubungan luar kita.
“Kita terima banyak jemputan cadangan tetapi nasihat kementerian luar kepada Perdana Menteri supaya kita meneliti setiap jemputan berhati-hati kerana tidak mahu terjerumus dengan politik dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2024











