8S: Pakej dimiliki Abang Abidin untuk warga Sungai Bakap

- Advertisement -

ABIDIN Ismail atau lebih mesra dipanggil Abang Abidin, calon PERIKATAN NASIONAL (PN) daripada PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap dilihat begitu mirip dengan ADUN Sungai Bakap, Almarhum Abang Zam atau nama sebenarnya Nor Zamri Latiff.

Mudah kata, Abang Abidin bagaikan fotostat atau ‘copy paste‘ yang saling tak tumpah perwatakan beliau berbanding dengan Abang Zam. Manakan tidak, Abang Abidin sebenarnya merupakan Pegawai Khas yang juga menjadi Pembantu Peribadi (PA) kepada Abang Zam.

- Advertisement -


Malah di peringkat parti, Abang Abidin adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal, di mana Abang Zam adalah Yang Dipertua. Bermakna, dalam banyak hal dan urusan, Abang Abidin menjadi tulang belakang atau penggerak penting kepada Abang Zam.

Pengalaman ditimba beliau baik selaku ‘fronliner‘, mahupun di belakang tabir, sememangnya melayakkan Abang Abidin menjadi pengganti Almarhum. Lebih utama, tentu sekali ada banyak agenda dan legasi perjuangan Abang Zam yang perlu diteruskan kesinambungannya oleh Abang Abidin.

Bahkan, perkara itu turut diakui oleh ramai pihak yang mengenali Abang Abidin baik dalam kalangan pemimpin dan aktivis politik, mahupun warga penduduk Sungai Bakap. Semua mengenai ciri peribadi beliau yang terserlah itu boleh diringkaskan secara pakej sebagai 8S:

S1: Similar
Walaupun duduk dalam kalangan pemimpin dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tetapi ternyata Abang Abidin cukup ‘humble’ dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Beliau sentiasa mahu dilayan serupa dengan semua orang menjadikan Abang Abidin merendah diri duduk bersama orang lain dan berdiri meninggikan hormat nya kepada sesiapa pun.

S2: Smile & Shake hand
Inilah yang ramai orang ‘tewas’ dengan Abang Abidin. Ke mana sahaja dia bergerak, hatta dahulunya ketika bersama Almarhum Abang Zam, senyuman dan lambaian tangannya mudah terlihat dari jauh lagi. Saat hampir dengan siapa sahaja, beliaulah yang terpantas menghulurkan tangan bersalaman. Malah, beliau mudah memberi ‘sentuhan’ menyantuni setiap lapisan warga.



S3: Strive
Sesiapa yang mengenali kesungguhan Abang Zam dalam mengusahakan sesuatu atau harapan disandarkan kepadanya, maka Abang Abidinlah pemain peranan penting itu. Kerana usaha Almarhum yang dilihat tidak mengenal erti penat membuatkan beliau masyhur dikenali dan disayangi ramai. Begitu juga Abang Abidin yang ramai yakin di sebalik Abang Zam, beliaulah penggerak usaha berkaitan.

S4: Strong
Abang Abidin sepertimana juga Almarhum Abang Zam, terlihat tidak memiliki apapun kemegahan aset duniawi untuk ‘membeli’ tarikan manusia. Tetapi ternyata, luasnya hubungan, tekad serta kerja beliau, menjadikan Abang Abidin mendapat dukungan dan sokongan yang menjadi kekuatan kolektif kepadanya. Hasilnya, banyak agenda dan pengurusan dapat digerakkan beliau.

S5: Smart
Beliau adalah perancang penting dan strategik untuk bukan sahaja Abang Zam, tetapi juga agenda organisasi. Ada begitu banyak masalah ‘tertunggak dan tersohor’ di Sungai Bakap, tetapi beliau sebagai sayap utama Abang Zam dapat menangani dengan bijaksana. Inilah watak wakil rakyat yang tidak tercetak dengan helaian sijil atau ijazah untuk menerangkan kehebatannya.

S6: Service
Ada begitu banyak sekatan dan halangan yang bagi kebanyakan pihak lain akan terbantut mahupun terbatalnya sesuatu pelaksanaan. Tetapi tidak bagi Abang Abidin, malah telahpun dibuktikan oleh Abang Zam. Walaupun menjadi wakil rakyat tanpa diberi peruntukan belanja sama rata dan terdapat cabaran yang mengehadkan, namun perkhidmatan mereka cukup dikenali ramai.

S7: Stand up
Mereka yang cuba mencari keraguan kepada Abang Abidin, pasti akhirnya tertutup oleh keteguhan pendirian beliau. Inilah perkara yang mewakili istiqamah dan pegangan beliau daripada parti diwakilinya. Juga akan menjadi gagasan dan wawasan beliau memacu segala tindakan ke masa hadapan dengan lebih jaya dan baik. Malah, berpendirian teguh menjadikan berintegriti dan tidak terseret atau terjebak sesuatu yang salah.

S8: Sincere
Kesederhanaan pada diri Abang Zam diakui oleh bukan sahaja sahabat handai, malah juga dari saingan lawan politik. Beliau ternyata tulus suci menjayakan atau membantu sebarang urusan sehabis baik yang mungkin. Almarhum lakukan tanpa mengharap pujian atau timbal balas mahupun publisiti. Pada segala kekaguman kepada Abang Zam, ternyata Abang Abidin di belakangnya.

Undilah PERIKATAN NASIONAL
Calon No.2 ABANG ABIDIN

IZWAN ABDUL HALIM
[email protected]HARAKAHDAILY 27/6/2024

- Advertisement -