Akta UiTM: Elak soalan berbentuk Malaysian Malaysia

Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertanyaan yang berbentuk Malaysian Malaysia atau kesamarataan perlu dihalang daripada ditanya di dalam Parlimen susulan pindaan Akta UiTM 1976.

- Advertisement -

Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, ini berikutan terdapat soalan yang dimasukkan ke dalam aturan mesyuarat untuk meminda Akta UiTM 1976 yang juga menyentuh Perkara 153 Perlembagaan.

“Padahal kita ada ruang lain untuk membolehkan kita unjurkan khusus cardiothoracic ni kalau yang disebut oleh Raja Amin Raja Mokhtar kita boleh buat.

“Kita tak perlu tanya soalan untuk meminda satu akta yang sedang yang dibuat khusus untuk memperhalusi supaya bumiputera dapat hidup bersama dalam bidang keilmuan.

“Jadi saya ucap terima kasih. Sepatutnya kita tanya apakah universiti lain dibenarkan untuk melaksanakan program ini?

“Saya ucap terima kasih menteri dan saya minta menteri akan terus mempertahankan Akta 1976 dan juga Perlembagaan 153. Terima kasih.,” ujar beliau ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr. Zambry berkata, perkara juga dijelaskan semasa menjawab soalan asal Ramkarpal Singh Karpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976. Sekiranya tidak, nyatakan alasan-alasannya. – HARAKAHDAILY 26/6/2024

- Advertisement -