BlackRock babitkan isu keselamatan negara

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak terlibat dalam konflik antara China dengan Amerika Syarikat khususnya hasrat kerajaan mahu menjalinkan kerjasama dalam Global Infrastructure Partners (GIP).

- Advertisement -

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, perkara itu perlu dibahas di Parlimen kerana membabitkan isu keselamatan negara.

Menurutnya, GIP merupakan syarikat yang akan diambilalih oleh BlackRock akhir tahun itu terlibat dalam Indo-Pacific Economic Framework (IPEF) bagi bersaing kepesatan ekonomi China.

“GIP BlackRock ini terlibat dalam IPEF termasuk Malaysia, untuk melabur dan infrastruktur di rantau kita ini, ini merupakan satu langkah dan strategik geo-political Amerika Syarikat.

“Usaha ini bagi counter usaha China mewujudkan Belt and Road Initiative (BRI), apakah kita mahu serah airport kita kepada syarikat ini memulakan perang ekonomi,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjawab pertanyaan itu menjelaskan pertikaian geo-politik itu sudah lama bermula.

Katanya, pemilihan GIP dilakukan kerana kerajaan mahu mengekalkan pegangan tempatan iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah). – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -