Tahan keinginan nafsu demi meraih syurga Allah

Zamakhshari Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak muda diseru berkorban dengan menahan diri dari keinginan nafsu yang cintakan keseronokan dunia semata-mata demi meraih syurga Allah.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, bersesuaian dengan Hari Raya Aidiladha, anak muda diseru berkorban untuk itu kerana Allah.

“Berkorban ertinya melepaskan apa yang kita sayang dan cintai semata-mata kerana Allah.

“Nabi Ibrahim A.S. ‘mengorbankan’ anaknya Nabi Ismail A.S. kerana perintah daripada Allah dan kerana taatnya pada Allah, baginda malaksanakan perintah Allah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setiap nabi yang diutuskan oleh Allah telah diuji dengan pengorbanan, oleh itu anak muda pada hari ini juga harus berkorban.

Menurutnya, berkorban masa muda untuk menanam bekalan sebanyak mungkin untuk hari tua dan hari akhirat.

“Berkorban untuk menghalang keinginan nafsu yang membuak-buak dahagakan keseronokan dunia yang hanya sementara demi meraih jannah.

“Percayalah, setiap pengorbanan tidak akan pernah sia-sia,” katanya yang juga ADUN Apam Putra. – HARAKAHDAILY 18/6/2024

- Advertisement -