‘Pakej lengkap untuk menjadi suami yang baik’

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Wanita yang sedang mencari calon suami yang baik dinasihatkan untuk melihat akhlak dan adabnya dengan orang lain.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, mereka juga perlu melihat mengenai bagaimana cara calon suami tersebut berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat setempat.

“Menjaga solat atau tidak dan tahu menghormati orang tua atau sebaliknya. Dekat situ, kita boleh tengok sendiri keperibadian mereka yang terjun di lapangan masyarakat.

“(Seperti) membantu sembelihan haiwan korban, melapah daging, memotong daging dan membantu dalam semua urusan ibadah korban. Tidak kekok untuk membantu, berani dan juga rajin membantu orang lain.

“Selain ibadatnya baik, hubungannya dengan masyarakat pun tiptop. Pandai bawa diri. Pakej lengkap untuk menjadi suami yang baik. Insya-Allah,” kata beliau dalam media sosialnya.

Mengenai aktiviti korban, katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, terdapat sebanyak enam ekor lembu dan empat ekor kerbau disembelih untuk ibadah korban di Masjid Tinggi di sini.

Cabutan bertuah, jelasnya turut diadakan untuk para petugas di sini menunjukkan kecemerlangan dan wajar dijadikan contoh untuk semua. – HARAKAHDAILY 18/6/2024

- Advertisement -