
GOMBAK: Siri Jelajah Selamatkan Malaysia akan kembali buat edisi kali ketiga yang akan membicarakan isu berjudul, Tatakelola atau Tatakelaut pada esok (7 Jun, Sabtu), jam 9 malam di Kompleks PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, di sini.
Program anjuran Jabatan Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama Harakah itu akan menampilkan barisan penceramah berkredibiliti dan sentiasa keterhadapan dalam membicarakan isu-isu dan hal ehwal kebajikan rakyat.
Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Nadzir Helmi; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khairil Nizam; dan mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
Semua rakyat Malaysia yang ingin mengetahui isu sebenar yang sedang berlaku di dalam negara dijemput untuk hadir beramai-ramai ke lokasi dan waktu yang ditetapkan. Siri Jelajah itu juga boleh disaksikan secara dalam talian menerusi laman media sosial Harakahdaily. –HARAKAHDAILY 6/6/2024












