Presiden PAS rakam pengiktirafan jasa bekas Presiden Iran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir ke Pejabat Kedutaan Iran bagi merakamkan pengiktirafan atas jasa besar Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian, meninggal ketika sedang berkhidmat untuk rakyat dan negara.

- Advertisement -

Menurutnya, mereka memainkan peranan utama dalam membantu perjuangan Palestin.

“Semoga hubungan Malaysia-Iran lebih erat dalam mengukuhkan dunia Islam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang menerusi laman sosial.

Ebrahim Raisi dan Dr. Hossein Amirabdollahian terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

- Advertisement -