Starlink di Kerling: ‘Laju betul buat kerja’

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Saya memuji langkah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memasang konsep (POC) Starlink, sebagai alternatif kepada gentian optik bagi sambungan teras ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kampung Kerling, Kuala Kubu Baharu (KKB), Hulu Selangor, Selangor dan masalah mereka selesai.”

Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berkata, sekali lagi, tahniah kepada SKMM di bawah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kerana tiba-tiba begitu cekap buat penambahbaikan di kampung tersebut. 

- Advertisement -

“Proses kelulusan tak sampai dua minggu. Selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB, sehari sebelum mengundi, dah pasang dah. Laju betul buat kerja,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Menurutnya, sememang salah satu aduan yang banyak disuarakan ialah mengenai masalah komunikasi daripada kampung Orang Asli di Kerling di KKB.

“Justeru, kalau kita tanya Fahmi Fadzil, sudah tentu dia akan kata ini tak ada kena-mengena dengan pilihan raya (PRK KKB), ini kerajaan tolong rakyat, ini kerajaan yang jaga tatakelola, ini kerajaan perangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Jadi, adakah kerajaan Madani hari ini membolehkan penggunaan agensi kerajaan untuk meraih undi pilihan raya?” katanya. – HARAKAHDAILY 14/5/2024

- Advertisement -