Kelantan lancar Pusat Taranum al Quran

Mohd Asri Mat Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Taranum al-Quran Kelantan akan dilancar pada 14 Mei ini bertempat di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Balai Islam, Lundang.

- Advertisement -

Majlis yang dijangka bermula jam 9.00 malam itu akan diisi dengan pembentangan seputar sejarah Taranum Kelantan oleh Panel Hakim Tilawah Kebangsaan, Dr Mahyudin Daud dan bacaan Al-Quran oleh johan Tilawah Antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, pelancaran itu akan disempurnakan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Katanya penubuhan Pusat Taranum diluluskan pada Mesyuarat Exco akan berpusat sementara di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

“Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas insentif di pusat itu bermula pada usia seawal sekolah rendah,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Terdahulu media melaporkan, Kerajaan Kelantan menyasarkan lebih ramai qari dari negeri itu bakal mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan adanya Pusat Taranum Negeri. – HARAKAHDAILY 12/5/2024

- Advertisement -