
1. PILIHAN Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kini menjadi ‘satu referendum’ kepada ‘kerajaan campuran’ dan referendum kepada kerjasama politik Umno-DAP.
Penduduk Kuala Kubu Bharu ataupun dipanggil KKB mahukan PRK ini menjadi satu signal kepada Kerajaan Campuran.
Manakala, ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu pula mahukan KKB menjadi satu ‘Referendum Kerjasama Politik Umno-DAP’.
2. Ramai orang Melayu hari ini jelas kelihatan ‘menolak’ kerjasama politik dengan DAP ini, walaupun mereka disogok dengan pelbagai peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta lain-lain agensi kerajaan.
Orang-orang Melayu KKB juga jelas kelihatan menolak calon DAP ini, walaupun dikempen oleh Tan Sri Muhammad Taib, Zainal Abidin Sakom dari Veteran Umno dan Megat Zulkarnain.
Kempen-kempen dari pemimpin Umno dan bekas pemimpin Umno ini (Muhammad Taib) dilihat tidak berkesan dan tidak membawa sebarang impak kepada pengundi-pengundi Melayu.
Bagaimanapun, pengundi-pengundi Cina di KKB, 80-90 peratus dilihat masih lagi bersama calon DAP.
Ini akan memperlihatkan 17.79 peratus pengundi India sebagai satu ‘Badan Penentu’ keputusan PRK KKB ini pada 11 Mei nanti.
3. Pada PRU 2018, keputusan di DUN KKB adalah seperti berikut;
● Calon PH-DAP: 57.85 peratus.
● Calon BN-MCA: 28.59 peratus.
● Calon PAS: 13.56 peratus.
Pada PRU 2023 Negeri Selangor, keputusan di DUN KKB adalah seperti berikut;
● Calon PH-DAP: 54.40 peratus.
● Calon GERAKAN-PN: 39.33 peratus.
● Calon MUDA: 4.34 peratus.
4. Keputusan kedua-dua pilihan raya ini memperlihatkan beberapa perkara yang amat jelas iaitu;
(i). Sokongan terhadap calon DAP-PH tidak bertambah secara mendadak. Stagnant (tidak bergerak) pada kadar 54-57 peratus.
Malahan menurun 3 peratus.
Manakala, sokongan kepada calon PERIKATAN NASIONAL bertambah dari 13.56 peratus (Calon PAS) kepada 39.33 peratus (Calon GERAKAN).
Dengan calon MUDA tidak bertanding kali ini, 4.34 peratus undi dari calon MUDA boleh dirampas (dialih) kepada PERIKATAN NASIONAL.
5. Hakikat yang jelas, PERIKATAN NASIONAL yang mempunyai hampir 40 peratus sokongan di Kuala Kubu Baharu, hanya perlu ‘swing’ 11 peratus undi Melayu, undi India ataupun undi Orang Asli (Orang Asli ada 5 peratus di KKB), untuk ‘menang’ di Kuala Kubu Bharu.
6. Rakyat melihat PRK KKB ini sebagai satu Referendum Rakyat atas tiga perkara penting iaitu :
(i). ‘Report card’ prestasi Kerajaan Perpaduan
PRK ini membolehkan rakyat memberi signal kepada Kerajaan Perpaduan ini, sama ada Kerajaan ini ‘gagal’ atau ‘berjaya’ dalam menguruskan pentadbiran negara dalam 1 tahun 5 bulan ini.
(ii). Ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat
PRK ini juga merupakan Referendum Rakyat terhadap Kerajaan ini, samada Kerajaan ini ‘berjaya’ atau ‘gagal’ dalam menangani isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Kedua-dua isu ini amat penting untuk rakyat bukan sahaja demi kelangsungan hidup rakyat tetapi demi rakyat untuk terus ‘survive’ (bernafas) dalam berhadapan dengan kegawatan ekonomi negara.
(iii). Rule of Law
Rakyat juga mahu lihat ‘Rule of Law’ ataupun Kedaulatan Undang-Undang diperkukuhkan dan dijunjung oleh Government of the Day ataupun Kerajaan hari ini.
Rakyat mahukan ‘Ketenteraman Awam’ ataupun ‘Public Safety’ dipertingkatkan.
Rakyat mahukan ‘no one is above the law’ dan tidak ada ‘double standard’ dalam menghukum dan menjalankan peruntukan undang-undang negara ini, sama ada untuk ahli-ahli politik sebelah kerajaan mahupun sebelah pembangkang.
Ini termasuklah ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kebebasan media’.
6. Tiga perkara ini amat penting untuk penduduk Kuala Kubu Bharu sebelum mereka membuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil ini.
Isu-isu pembangunan dan projek-projek kecil untuk kampung juga adalah penting untuk orang-orang KKB tetapi tiga isu utama ini merupakan ‘isu terpenting’ yang akan mengubah sikap pola pengundian pengundi-pengundi Kuala Kubu Bharu, Selangor ini.
Bandar kecil di Hulu Selangor ini akan menjadi tumpuan seluruh negara pada 11 Mei 2024 nanti.
Sekian.
DATO’ SAIFUL BAHAR DATO’ HAJI MOHD ARSHAD
Penulis pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan atau Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri/Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Alam Sekitar dan Air. – HARAKAHDAILY 9/5/2024
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











