700 wanita PN seluruh negara gempur KKB

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Seramai 700 petugas Wanita PERIKATAN NASIONAL (PN) telah digerakkan bagi membantu sepanjang kempen PRK DUN N.06 Kuala Kubu Bharu.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, gerak kerja itu adalah salah satu daripada rangka program kempen oleh Wanita PN bagi PRK tersebut.

“Walaupun hari ini hujan di Kuala Kubu Baru hujan agak lebat, tetapi suasana sudah mula panas. Pagi tadi lebih kurang dalam 700 orang wanita PN berhimpun bagi satu program pelancaran ‘Gempur Wanita Kuala Kubu Kita Bangkit’.

“Program ini menyasarkan untuk kita terus menyantuni penduduk mengikut lokaliti dan juga PDM-PDM yang telah pun ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua jentera tersebut telah diatur untuk mereka turun bertemu seramai pengundi seboleh yang dapat.

Beliau berkata demikian usai program pelancaran ‘Gempur Wanita Kuala Kubu Kita Bangkit’ yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional di Bandar Baru Batang Kali di sini, hari ini.

“Ia juga untuk melihat maklum balas ataupun respons mereka dan juga memperkenalkan maklumat calon kita daripada PN.

“Saya lihat ‘approach’ ini sangat baik dan sebarang dapatan hasil daripada pertemuan, perjumpaan ataupun maklum balas yang diterima dapat diguna pakai untuk kita merangka strategi saat akhir yang berbaki enam hari lagi ni,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU menjelaskan, gerak kerja itu sangat penting bagi menonjolkan kelebihan calon PN bagi PRK ini iaitu Khairul Azhari Saut.

“Selain daripada dia memang orang tempatan Hulu Selangor dan juga tentang latar belakang keluarga beliau dan sebagainya, ini boleh kita jadikan sebagai satu ‘advantage’ kekuatan kepada PN dalam meraih undi untuk baki enam hari ini,” kata beliau.

Mas turut tidak menolak kenyataan bahawa jentera PH-BN lebih ramai memandangkan mereka adalah kerajaan, namun ia dapat dipatahkan dengan kuasa rakyat.

“Kita tak boleh menolak kuasa dan juga undi yang ada pada rakyat yang mana hari ini rata-rata bila kita jumpa maklum balas yang diterima mereka agak kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Madani ini.

“Dengan isu yang pelbagai, kenaikan harga barang; ekonomi dan juga isu servis oleh pihak Pakatan Harapan yang memberikan kehampaan kepada mereka dan ini patut dijadikan sebagai satu peluang yang besar dan tak boleh dipersiakan oleh PN,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2024

- Advertisement -