Hanya pihak tidak faham pertikai pendidikan calon PN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pihak yang mempertikai keabsahan pendidikan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut seperti mempersoalkan kredibiliti sesebuah menara gading di negara ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Amar Diraja Mohd Amar Abdullah berkata, sesebuah institusi pengajian tinggi mempunyai senat yang memberi kelulusan atau menolak sebarang sijil yang diberi.

Katanya, apa yang tular di media sosial sejak baru-baru ini tidak menjejaskan kempen pilihan raya PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

“Saya ada ramai kawan di universiti, tiada apa pun dan ia bukan isu melainkan pihak yang cakap itu orang yang tidak tahu apa.

“Sekarang semua universiti ada tawaran seperti itu. Calon PN ada pengalaman kerja dan dia boleh buat diploma dan ijazah,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri dan Penyerahan Kunci Rumah di Taman Kota Jembal bagi fasa empat semalam.

Hadir sama ADUN Tawang Harun Ismail; ADUN Pengkalan Pasir, Mohamad Nasriff Daud dan ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKINK), Dato’ Sr Zamri Ismail dan Pengurus Besar SPP Development Sdn Bhd, Ramilan Abdul Rahman.

Baru-baru ini tular di laman Facebook Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar mempertikaikan taraf pendidikan calon PN. – HARAKAHDAILY 29/4/2024

- Advertisement -