
Berikut adalah catatan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dalam perjalanan atau boleh juga difahami sebagai ‘perjalanan’ ke Kuala Kubu Bharu sebelum ia menjadi medan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa terdekat ini.
- Advertisement -
Tajam dan sinis sekali catatan beliau, buat kepada yang faham sahaja apakah makna yang tersirat.
- Pelik orang Malaysia tetapi tidak boleh cakap bahasa Melayu.
- Lagi pelik, sebab sudah tua dan lama duduk di Malaysia tiba-tiba tidak faham bahasa Melayu
- Kalau tidak tahu membaca, menulis boleh dimaafkan, kerana ada juga orang melayu tidak pandai membaca atau menulis, tetapi pandai cakap bahasa Melayu.
- Payah sangatkah, bahasa Melayu. Bahasa yang paling senang, Bangla datang dua bulan sudah boleh cakap dah perkara asas. Tinggal di negara ini sudah tua berjanggut, tiba-tiba tak pandai cakap melayu.Hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih.
- Ini kebetulan kes yang diketahui. Banyak lagi kes yang seperti ini. Kita bimbang mereka tidak tahu mereka tinggal di Malaysia, sebab hanya berkawan dengan geng dia sahaja.
- Inilah masalah besar untuk mencapai perpaduan nasional.
- Sewaktu saya kecil-kecil dahulu dapat lihat terpampang di jalan raya iklan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
- Betullah tu “Bahasa Melayu Alat Perpaduan”. Sesuai dengan majoriti dan tuan tanahnya orang Melayu.
-Catatan ke Kuala Kubu Bharu
Khamis 25/4/2024




















