
RANTAU PANJANG: Dewan Muslimat PAS Kelantan akan berusaha mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang dan Jeli sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK).
Ketuanya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pihaknya hanya akan menunggu arahan pimpinan tertinggi parti bagi menghadapi kemungkinan PRK tersebut.
Katanya, apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan BERSATU yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas 2 Mac lalu, bermakna Kelantan berkemungkinan besar akan berdepan dengan PRK.
“Bagaimanapun setakat ini Speaker Dewan Rakyat belum mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Gua Musang atau Jeli.
“Kak Lah yakin dengan suasana hari ini kemenangan akan bersama PERIKATAN NASIONAL dan PAS.
“Pada masa yang sama dengan pelbagai isu sehingga menyusahkan rakyat berikutan kegagalan kerajaan PH-BN memerintah negara. Kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup yang tinggi,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lagi, semua masalah itu diyakini akan diterjemahkan pada PRK apabila diadakan. – HARAKAHDAILY 6/4/2024











