Az Zahra santuni 150 anak yatim

Najwa Othman (empat dari kanan) bersama penerima sumbangan dari DUN Bintong sempena Majlis Sumbangan Kasih Ramadan, hari ini.
- Advertisement -

KANGAR: Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat PERIKATAN NASIONAL Perlis (Az Zahra) mengambil inisiatif mendekati dan membantu anak yatim yang memerlukan di negeri ini.

- Advertisement -

Menerusi pemberian tersebut, 10 orang penerima dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipilih bagi menerima sumbangan berkenaan.

Yang Dipertua Az Zahra, Najwa Othman berkata, sumbangan itu diadakan bagi meringankan beban golongan tersebut tambahan lagi ia dilakukan di bulan Ramadan yang mulia.

“Kita mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini bagi menyantuni 10 orang anak yatim di setiap DUN.

“Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka dan menambah keceriaan menyambut bulan yang mulia ini,” katanya semasa memberi ucapan pada Majlis Sumbangan Kasih Ramadan di Dewan Residensi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Najwa berkata, penubuhan Az Zahra ditubuhkan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dan dianggotai oleh isteri wakil-wakil rakyat di negeri ini.

“Ahli kami tak banyak, hanya 17 orang iaitu di kalangan isteri wakil rakyat di DUN dan Parlimen,” katanya.

Tambahnya, Az-Zahra lebih cenderung kepada program kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 16/3/2024

- Advertisement -